Tuesday, 11 December 2012

RPH


 Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah

Tahun : Prasekolah
Masa   :60 minit
Tema   : Alam

Bidang Pembelajaran : Haiwan dalam air
Objektif Pembelajaran : Membuat akuarium ikan.     

Hasil Pembelajaran     : Pada akhir P&P murid akan dapat
                                                  i) Membuat akuarium ciptaan sendiri

Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran: Inkuiri Penemuan
Kaedah : Video, kotak kasut, kertas lukisan, gunting, gam, benang dan pelekat.

Fasa (masa)
Isi Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi (5 minit)
Mengenali hidupan dalam air.
1.      Guru sedang menunjukkan gambar-gambar ikan yang hidup dalam laut.
2.      Guru mempersembahkan sebuah lagu berkaitan dengan hidupan laut.
3.      Guru bertanya soalan berkaitan dengan lagu yang dipersembahkan.
Kemahiran Saintifik: komunikasi
 
 
Sikap Saintifik:
Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam semulajadi
Penjelasan
(10 minit )
Menonton video
1.      Guru menunjukkan sebuah akuarium ciptaan sendiri.
2.      Murid melihat contoh akuarium yang ditunjukkan oleh guru.
3.      Guru menunjukkan gambar video tentang cara membuat akuarium.
4.      Murid-murid menonton video tersebut.
 
Aktiviti Kumpulan
(20 minit)
Melukis dan mewarna
1.      Guru mengedarkan setiap kumpulan sebuah bekas kotak kasut yang kosong, kertas lukisan, dan warna.
2.      Murid menggunakan bahan- bahan tersebut dan mula mencipta akuarium.
3.      Murid melukis gambar ikan dan mewarnakannya.
4.      Guru membantu murid-murid melukiskan gambar-gambar ikan.
 
Nilai murni:
Bekerjasama, berani mencuba
Aktiviti Kumpulan
(20 minit)
Melekat gambar ikan di dalam bekas.
1.      Guru mengedarkan gam dan pelekat kepada setiap ketua kumpulan.
2.      Guru menunjukkan cara melekat gambar ikan di dalam kotak .
3.      Murid membuat aktiviti ini dengan bantuan guru.
4.      Murid melekat gambar ikan dengan melihat contoh yang ditunjukkan.
Kemahiran saintifik: Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.
 
Nilai murni:
Berfikir secara rasional
 
Refleksi
(5 minit)
Penutup
1.      Guru mempamerkan akuarium yang dibuat oleh murid-murid.
2.      Guru mempersembahkan lagi lagu ikan .
3.      Murid-murid mengikut rentak lagu tersebut dan menyanyikannya.
KBKK:  membandingkan dan membezakan